perihal peribadi

Foto saya
kajang, selangor, Malaysia
::lahir pada 01ogos92 ::lahir kat HBKL ::sekarang sedang belajar kat kolej cybernetics ::sambil tu cari pengalaman berkerja kat 7 eleven ::suke sangat baca komik ngan kumpul benda pelik ::cita2 ingin jadi seorang designer ::obses kat FT ::sayang famili dan kawan2 ::tak kisah orang nak cakap sy ape pon, saya ada hidup saya sendiri dan mereka juga ada hidup mereka sendiri ::

seindah dongeng

" Akhirnya putera dan puteri hidup bahagia selama-lamanya"
happy ending kisah dongeng yang mak kita bacakan kita sebelum tidur, tapi kebiasaanya takkan terjadi semudah itu. bila kita dah mulakan sesebuah hubungan tu, jangan gagap dan gugup la kalau banyak masalah terjadi dalam sesebuah hubungan tu... 
biasanya orang-orang alim ulama akan berkata "ujian itu adalah tanda yang tuhan sayangkan kita" . ya! saya akur, so... pandai-pandailah jaga hubungan sesama manusia antara kita ni, hidup ni sekejap je, lepas ni alam barzakh pulak menanti, walaupun sekuat mana cinta kita terhadap seseorang tu, tapi kita harus lebih cintakan agama kita berbandingan dengan orang yang kita cinta tu... jangan kerana cinta, maruah di pergadaikan !

Kerja a.k.a Duit



~ 7 eleven pandan cahaya ~

salah satu tempat yang mengajar aku segala erti.. macam2 yang tersirat dan macam2 juga yang tersurat. nampak senang je kan? tapi sebenarnya ianya berlandaskan kekuatan jiwa, fizikal, mental dan juga rohaniah.. memang semua kerja tak mudah. bila dah rasa alam perkerjaan ni, baru terasa susahnya hidup tanpa duit ! masa2 macam ni jugaklah baru sedar tentang pahit getir dan kesusahan ibu bapa kita mencari sesuap nafkah untuk di hulurkan ke mulut2 anak2 mereka... mak ayah sanggup bersengkang mata cari duit untuk sara keluarga, tambahan pula keluarga aku yang ramai ni... terdetik sekelumit rasa  pilu kat hati ni... aku masih belum dapat membayangkan yang aku akan jadi seorang bapa yang akan menyuap nafkah untuk anak2nye nanti...
berbalik pada cerita aku!
syukur kepada tuhan yang satu, aku di kurniakan tempat kerja yang agak2 sejiwa dengan jiwa muda seperti aku ni, kat sini kawan2 semua happening. termasuklah manager yang aku gelarkan BEBY (panggilan manja). ada EMY , ada NURUL, ada ROLEND, ada ZULHARI, ada SURIA dan juga LINA. 
nak berterima kasih sangat2 kat BEBY sebab dia sanggup ambil aku sebagai pekerja wlaupun dia tahu yang aku ni pelajar kolej. so ini bermakna aku ni belajar sambil berkerja. walaupun ayah macam tak setuju untuk melepaskan aku berkerja sambil belajar. tetapi dengan degil dan keras hatinya, aku tetap dengan pendirian aku. walaupun kat sini aku ada tempoh had masa berkerja. tetapi, aku tetap dapat merasakan indah ! alam perkerjaan jangan di jadikan sebagai tempat pencarian rezeki semata2, kerana di dalamnya tersembunyi bermacam2 cerita. seperti 7eleven kami sendiri.

harus memiliki !

tak tahu kenapa dengan diri aku ni, mudah sangat tertarik dengan benda benda yang unik , aneh dan pelik, mungkin ianya dah jadi satu habit ! (untuk nampak lain dari yang lain) . . yup ! memang HABIT aku pun, suka dengan barang yang pelik dan mengujakan apabila di lihat dan dipertontonkan di khalayak ramai . . terima kasih tuhan ! saya sudah termiliki !  
 firsttime nampak kat time square dengan kawan2, PUP ! . macam ada seada sesuatu terlekat kat hati ni, nk cuba tanggalkan, tapi tak boleh ! cuba lagi, malangnya masih tak boleh ! (tepanah tengok beg ni) , second time ronda, berserta dengan tarikh dan hari yang lain masih juga dengan kawan2, PAP ! oh! xtahan dah... rasa macam fikiran terbang sekejap mencari azali ! (tak cukup duit ) ... kali ketiga , ya! aq tak boleh tahan, yela, dah malam pon asyik termimpi je benda pelik ni, so aku ambil keputusan, untuk bergi bersendirian tanpa ada yang menemani (tak boleh bla) lantas membelinya .YESH !

dinding