perihal peribadi

Foto saya
kajang, selangor, Malaysia
::lahir pada 01ogos92 ::lahir kat HBKL ::sekarang sedang belajar kat kolej cybernetics ::sambil tu cari pengalaman berkerja kat 7 eleven ::suke sangat baca komik ngan kumpul benda pelik ::cita2 ingin jadi seorang designer ::obses kat FT ::sayang famili dan kawan2 ::tak kisah orang nak cakap sy ape pon, saya ada hidup saya sendiri dan mereka juga ada hidup mereka sendiri ::

tak sekepala ?

pai epal mcd !
pai epal mcd ni, memang kegemaran aku kot ! walaupon ramai kawan2 aku yang kata tak sedap,. bukan setakat kawan2 aku je malahan keluarga ku sekali (tak pernah pon kecil hati) . . aku peduli apa, yang penting aku kenyang dan aku memang suka pai epal ni . . memang habit aku, kalau singah mcd je mesti beli pai epal , susah nak cari kawan yang sekepala selera dengan aku ni, (kenapa pelik ya bila aku suka makan pai epal mcd ?)
mula2 aku pon macam korang, sekali rasa macam tak sedap, geli dan menyesal beli, tapi... pada satu hari 2.. aku terasa nak makan sangat pai epal mcd ni, dan terasa sedap sangat, so... sampai sekaranglah jadi habit aku...

haruman syurgawi ~

 ni adalah minyak wangi or perfume kegemaran aku , bau ? boleh tahanlah , orang kata , kalau nak tau wangi ke tak, ianya adalah mengikut kehendak atau kesesuaian pada seseorang itu. setiap orang ada cita rasa yang berlainan. so tak payah nak pelik kalau aku pakai bau yang macam mana pon.
pakar psykolgi pon cakap, hormon manusia berlainan jenis, jadi pemilihan bau-bauan yang tepat harus di pertitik beratkan. so, pilihan bau yang selalu aku pilih ialah manis dan tidak terlalu wangi.
memang aku akui , kebiasaannya yang aku beli , selalu minyak wangi yang murah , tapi berbaloi la untuk pelajar seperti aku, tak payahlah wangi2 sangat, cuma sekadar untuk keselesaan atau kesegaran untuk kita bergaul sudahlah, tak payah pakai sebotol dalam satu masa. 
kalau akulah, aku lebih suka pilih minyak wangi yang baunye tak menusuk kepala otak aku, dan tak kisahlah jenama ape pon asalkan, bila aku dah bau , minat , dan aku terus beli... yang penting "passion sex in the city" dan "escada pasific paradise" adalah minyak wangi terbaik yang pernah aku bau.. mybe akan terus aku guna... (ops!)

bukan boneka !


siapalah aku untuk dimiliki, termiliki, dan memiliki (jiwang xhabis2)... nak mula dari mana pun aku tak tahu, setahu aku, aku rasa roh , atau nyawa mybe juga akal aku melayang sebentar tadi . pada 07.11.2011.. tarikh keramat dan azimat..
ceritanya macam ni, tadi ada seorang mahkluk tuhan ni :
dia : awak ada masa tak?
saya : sekarang ke? 
dia : yup!
saya : sekarang free la..
dia : awak, saya nak cakap sesuatu dengan awak.. penting ni..
saya : apa dia cakap je, tak kena bayar pon... (gurau dan tak ambil kisah)
dia : saya dah mula sayangkan awak ! saya suka awak ! dan.... saya rasa saya dah mula jatuh cinta kat awak... 
saya : (terdiam seketika) <-- time ni aku mcm ilang akal.
dia : kenapa diam? tak sukalah tu..
saya : (dengan tak semena-menanya aku tertekan botton off)
rasa bersalah aku dengan dia sampai sekarang tak hilang2 lagi, rasa macam bersalah sangat buat dia maam tu, bila aku call dia, dia tak angkat... entah ! mybe dia nak main2 kan aku je.. or aku je yang syok sendiri..
memang masa-masa macam ni lah yang korang selalu tunggu, tapi perit bagi aku ntuk menerima atau redha dengan benda-benda macam ni, rasa gembira memang ada sebab dia ada orang sukakan kita, tapi nak buat macammana kalau kita belum bersedia.. 
tolonglah ! aku bukan boneka! tolong cari yang lain, kalau kau nak kecewakan aku, tolong pergi dari aku, tapi kalau kau betol2 jujur dengan aku, tolong angkat call aku dan relpy mesej aku...
tak pernah ada seorang makluk tuhan yang ucap kata2 yang berbau cinta kat aku, so aku terlalu gugup...

kurang or lebih ?

dia : aku pandai ! kau bodoh !
saya : tapi...
dia : ah ! yang penting kau tetap bodoh dari aku !
saya : aku... tapi...
dia : dah bodoh tu, buat la cara orang bodoh !

insan, semua insan yang tuhan cipta kat dunia ni ada kekurangan dan kelebihan, tak ada manusia yang pernah tuhan ciptakan sempurna dari segala segi (kecuali nabi ahli zaman).

aku! termasuk aku! aku tak sesempurna mana pon, normal la seperti manusia lainnya.. penghinaan, cacian dan kutukan dah jadi rutin harian telingan aku.. kenapa? apa salah aku, orang selalu label aku tak sempurna. ya! aku mengaku, tapi tolong.. fikirkan balik ape yang sepatutnya "tak ada manusia yang sempurna".. mungkin kelebihan aku pada benda2 lain, mungkin kelebihan kau pada benda2 yang aku tak tahu, dan mungkin juga benda yang aku tahu korang tak tahu. penghinaan yang korang beri tak berasas langsung! tolonglah~

ingat, sekirannya korang menghina seseorang itu, ini juga bermaksud korang menghina tuhan korang...

seindah dongeng

" Akhirnya putera dan puteri hidup bahagia selama-lamanya"
happy ending kisah dongeng yang mak kita bacakan kita sebelum tidur, tapi kebiasaanya takkan terjadi semudah itu. bila kita dah mulakan sesebuah hubungan tu, jangan gagap dan gugup la kalau banyak masalah terjadi dalam sesebuah hubungan tu... 
biasanya orang-orang alim ulama akan berkata "ujian itu adalah tanda yang tuhan sayangkan kita" . ya! saya akur, so... pandai-pandailah jaga hubungan sesama manusia antara kita ni, hidup ni sekejap je, lepas ni alam barzakh pulak menanti, walaupun sekuat mana cinta kita terhadap seseorang tu, tapi kita harus lebih cintakan agama kita berbandingan dengan orang yang kita cinta tu... jangan kerana cinta, maruah di pergadaikan !

Kerja a.k.a Duit



~ 7 eleven pandan cahaya ~

salah satu tempat yang mengajar aku segala erti.. macam2 yang tersirat dan macam2 juga yang tersurat. nampak senang je kan? tapi sebenarnya ianya berlandaskan kekuatan jiwa, fizikal, mental dan juga rohaniah.. memang semua kerja tak mudah. bila dah rasa alam perkerjaan ni, baru terasa susahnya hidup tanpa duit ! masa2 macam ni jugaklah baru sedar tentang pahit getir dan kesusahan ibu bapa kita mencari sesuap nafkah untuk di hulurkan ke mulut2 anak2 mereka... mak ayah sanggup bersengkang mata cari duit untuk sara keluarga, tambahan pula keluarga aku yang ramai ni... terdetik sekelumit rasa  pilu kat hati ni... aku masih belum dapat membayangkan yang aku akan jadi seorang bapa yang akan menyuap nafkah untuk anak2nye nanti...
berbalik pada cerita aku!
syukur kepada tuhan yang satu, aku di kurniakan tempat kerja yang agak2 sejiwa dengan jiwa muda seperti aku ni, kat sini kawan2 semua happening. termasuklah manager yang aku gelarkan BEBY (panggilan manja). ada EMY , ada NURUL, ada ROLEND, ada ZULHARI, ada SURIA dan juga LINA. 
nak berterima kasih sangat2 kat BEBY sebab dia sanggup ambil aku sebagai pekerja wlaupun dia tahu yang aku ni pelajar kolej. so ini bermakna aku ni belajar sambil berkerja. walaupun ayah macam tak setuju untuk melepaskan aku berkerja sambil belajar. tetapi dengan degil dan keras hatinya, aku tetap dengan pendirian aku. walaupun kat sini aku ada tempoh had masa berkerja. tetapi, aku tetap dapat merasakan indah ! alam perkerjaan jangan di jadikan sebagai tempat pencarian rezeki semata2, kerana di dalamnya tersembunyi bermacam2 cerita. seperti 7eleven kami sendiri.

harus memiliki !

tak tahu kenapa dengan diri aku ni, mudah sangat tertarik dengan benda benda yang unik , aneh dan pelik, mungkin ianya dah jadi satu habit ! (untuk nampak lain dari yang lain) . . yup ! memang HABIT aku pun, suka dengan barang yang pelik dan mengujakan apabila di lihat dan dipertontonkan di khalayak ramai . . terima kasih tuhan ! saya sudah termiliki !  
 firsttime nampak kat time square dengan kawan2, PUP ! . macam ada seada sesuatu terlekat kat hati ni, nk cuba tanggalkan, tapi tak boleh ! cuba lagi, malangnya masih tak boleh ! (tepanah tengok beg ni) , second time ronda, berserta dengan tarikh dan hari yang lain masih juga dengan kawan2, PAP ! oh! xtahan dah... rasa macam fikiran terbang sekejap mencari azali ! (tak cukup duit ) ... kali ketiga , ya! aq tak boleh tahan, yela, dah malam pon asyik termimpi je benda pelik ni, so aku ambil keputusan, untuk bergi bersendirian tanpa ada yang menemani (tak boleh bla) lantas membelinya .YESH !

profile

[|| Saya Megat Qayyuum Bin Yusof ||]
[|| nama designer : megat qayum ||]
[|| nama pena : qayum hekayat ||]
[||terpulang nak panggil ape pon xkisah, kawan2 ada yang panggil Kay , Koyum , quyum, gat, megat, yum dan klu lagi spesial panggil sayang! haahha ||]
[|| lahir kat Hopsital Kuala Lumpur ||]
[|| tarikh keramat 01 Ogos 1992 ||]
[|| manja + baik + blur2 sikit + suke sakat kawan2 + tak suke budak2 (sori) ||]
[|| kolej teknologi antarabangsa cybernetics ||]
[|| Diploma Multimedia Kreatif ||]
[|| suke bace komik, kumpul komik dan buku serta barang yang pelik! ||]
[|| suka barang yang pelik dan tak mungkin orang lain ada, kira limited edition la  ||]
[|| sifat saya pelik sikit, suka bersendirian ||]
[|| kawan hanya dengan orang yang nak berkawan dengan saya je ||]
[|| saya tak sombong, tapi orang yang selalu sombong dengan saya. fine! ||]
[|| saya syg Allah, Nabi, Mak, Mak, Mak, ayah, family, sahabat dan kawan2||]





dinding