bukan senang untuk kita pasrah atau redha dengan apa yang terjadi kan ? lagi2 kalau benda tu yang kita nak hindarkan, tapi itu yang kita dapat~ nak buat macam manekan ? kuasa tuhan mengatasi segala2nya~ aku tak berani untuk melawan takdir.
bukan ni sebenarnya niat dihati untuk bercerita. aq cuma nak kongsi, aku pasrah dengan apa yang terjadi pada aku dan orang yang aku cinta. (sila paham maksud di sini, orang yang aku cinta bukan bermakna aku couple dengan dia, aku juz cintakan dia dari jauh).
ya, bukan mudah untuk orang seperti aku ungkapkan kata2 cinta. memang senang kalau nak ungkapkan, tapi untuk menjaganya, kita perlu ada hati yang kukuh, iman yang kuat, kejujuran yang padu, kesetiaan yang berpanjangan.
aku memang mengaku, aq ni seorang yang jujur, setia, bertanggung jawap dan semua sifat yang baik ada pada aku, dan aku pun tak tau kenapa tak ada orang yang sudi untuk bercinta dengan aku.
yela, mybe aku ni tak cukup lengkap dengan pakej yang seharusnya ada. (aku senang merendah diri) ye, aku ni susah untuk bergaul di sebabkan aku kekurangan pakej tu. tapi sedaya upaya aku untuk melengkapkan pakej tu.
berbalik pada cinta, kebiasaanya aku akan cinta dengan orang yang aku akan selalu pandang dia dari jauh. dan cinta aku jenis yang terpendam. dan susah untuk difahami.
ramai jugak kawan tanya, "kenapa kau tak bercinta?" , "ko tak nak rasa cinta ke?" dan "ko pernah tak rasa nak berdua2 dengan orang yang ko sayang?"
jawapan lisan yang akan aku bagi adalah "belom masa" dan "takde masa"
tapi,
jawapan dalam hati "nak sangat, tapi orang yang taknak kat aku!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan